PAMERAN MINI PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) ZON PANTAI TIMUR

Pameran Mini Public-Private Research Network (PPRN) Zon Pantai Timur di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Gambang telah dihadiri oleh pihak KPT (YBhg Dato' Shaharuddin Abdul Sohot, Wakil KSU) dan juga disertai oleh Naib Canselor UMP, TNCPI UMP & PNC Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat UMP. Ts. Dr. Mazlan bin Mohamed adalah wakil tunggal daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah diberi kepercayaan oleh pihak KPT bagi mempamerkan produk inovasi beliau dan juga turut dijemput berucap bagi perkongsian pengalaman buat kali ke-2 oleh pihak KPT.

PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pengajian Tinggi melalui Unit PPRN KPT bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia. Ianya bertujuan untuk memperkasa hubungan jaringan awam dan swasta melalui penyediaan penyelesaian (providing solution) daripada IPT, meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian serta menggalakkan penyertaan penyelidik untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri.

Ts Mazlan Mohamed